Ayat Undangan Perkahwinan

    Pereka: Afendy Suraip Jenis dan Saiz Rekaan: »
    Rating


    Berikut ialah antara senarai ayat undangan yang telah disediakan untuk memudahkan anda memesan dan mereka bentuk kad perkahwinan anda.

    AYAT 01

    Walimatul Urus

    Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

    Merisik sudah bertunang pun sudah, Nikah dilafaz sunnah diwarisi,
    Termeterai sudah janji bermadah, Majlis pernikahan kini dirai
    Nama Bapa & Ibu
    Sireh bertepuk, pinang menari, dua hati memaut janji,
    Salam bersahut kata bersambut, Hasrat terpaut,

    Dan dengan izin Illahi, kami mempersilakan Dato’/Datin/Tuan/Puan/Encik/Cik
    ………………………………………………………………………………………………………………..

    suami/isteri seisi keluarga bagi menyerikan ikatan janji,
    izin berwali, ijab bersaksi antara dua hati puteri kami yang dikasihi,

    (Nama pengantin lelaki & perempuan)

    Bertakhtakan adat berzaman, Bersendikan Sunnah Rasullullah S.A.W.
    Mendirikan istana kasih pertemuan dua hati di teratak kami, (Alamat Majlis Perkahwinan)

    Pada hari, (tarikh Perkahwinan)


    Bunga mawar kami taburi,
    Air mawar direnjis wangi, Berkembang kasih menabur budi,
    Undangan kami setulus hati, Harap sudi datang merai,
    Terima kasih dari kami dan raja sehari.

    Turut Mengundang :-

    Aturcara Majlis


    _____________________________________________________________________________

    AYAT 02

    Walimatul Urus

    Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

    (Nama Bapa & Ibu)

    Dengan segala hormatnya kami menjemput dan mempersilakan
    Dato’/Datin/Tuan/Puan/Encik/Cik
    ……………………………………………………………………………………………………………………………
    Suami/Isteri sekeluarga ke majlis perkahwinan puteri kami

    (Nama pengantin lelaki & perempuan)

    Pada hari (tarikh perkahwinan)

    Di kediaman kami beralamat: (Alamat Majlis Perkahwinan)

    Semoga dengan kehadiran Dato’/Datin/Tuan/Puan/Encik/Cik,
    akan menyerikan lagi majlis kami dan diberkati Allah S.W.T hendaknya.

    Sekian, Terima Kasih.


    Turut mengundang :


    Aturcara Majlis:

    _____________________________________________________________________________

    AYAT 03

    Majlis Walimatul Urus

    Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

    Dengan izin Allah S.W.T. kami ;

    (Nama Ibu dan Ayah )

    Dengan penuh takzim mempersilakan Dato’/Datin/Tuan/Puan/Encik/Cik
    ……………………………………………………………………………………………………………………………
    Suami/Isteri sekeluarga untuk menyerikan Tambatan Janji, Izin Berwali,
    Ijab Bersaksi, Antara Dua Hati, Anakanda Puteri/a Kami ; (Nama Pasangan)


    Pada hari (Tarikh Majlis Perkahwinan)

    Di kediaman kami beralamat: (Alamat Majlis Perkahwinan)

    Semoga dengan kehadiran hadirin sekalian
    akan menyerikan lagi majlis kami dan diberkati Allah S.W.T hendaknya.

    Sekian, Terima Kasih.
    _____________________________________________________________________________

    AYAT 04

    Majlis Walimatul Urus

    Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

    Sekapur sireh, seulas pinang, semekar senyuman seikhlas hati,
    dengan rasa penuh kesyukuran kami mengundang

    Dato’/Datin/Tuan/Puan/Encik/Cik
    ……………………………………………………………………………………………………………………………
    Suami/Isteri sekeluarga ke majlis perkahwinan putera/i Kami ; (Nama Pasangan)

    Pada hari (Tarikh Majlis Perkahwinan)

    Di kediaman kami beralamat: (Alamat Majlis Perkahwinan)

    Bunga rampai kami taburi, air mawar direnjis wangi,
    berkembang kasih menabur budi,
    undangan kami setulus hati, harap sudi datang menyeri,
    mendoakan mempelai diberkati Illahi
    _____________________________________________________________________________

    AYAT  05

    Walimatul Urus

    Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatoh

    Dengan penuh kesyukuran mempersilakan Tuan/Puan/Encik/Cik
    ………………………………………………………………………………………………………………………..
    serta seisi keluarga ke Majlis Undangan puteri/a kami

    (Nama Pasangan)

    Pada :
    Dialamat :

    Semoga dengan kehadiran,

    Encik/Cik/Tuan/Puan akan menyerikan lagi majlis ini, Insya Allah

    _____________________________________________________________________________

    AYAT 06

    Majlis Walimatul Urus

    Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

    (Nama Bapa & Ibu )

    Dengan rasa kesyukuran, setepak sireh kami hulurkan,
    atas keredhaan Illahi, kami mempersilakan Tuan/Puan/Encik/Cik
    ……………………………………………………………………………………………………………………………
    suami/isteri sekeluarga ke majlis pertunangan puteri kami

    Nama pengantin
    yang beralamat di: (Alamat Majlis Perkahwinan)
    pada hari (Tarikh Majlis Perkahwinan)

    Beras Kunyit kami taburi, air mawar diiringi wangi,
    kehadiran tuan/puan amatlah kami hargai,
    moga majlis tambah berseri lagi diberkati Rabbul Izzati. Insya Allah

    Terima Kasih
    _____________________________________________________________________________

    AYAT 07

    Walimatul Urus

    Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

    Nama Bapa & Ibu

    Pinang dikacip, Sirih dijunjung, Janji diikat tanda berkenan, Sunah diikut adat disanjung,
    Impian dan hajat kini disempurnakan, Beserta kesyukuran kehadrat Illahi,

    Dengan Segala Hormatnya Mempersilakan,
    Dato’/Datin’/Tuan/Puan/Encik/Cik;
    ……………………………………………………………………………………………………………………………..
    Suami/isteri sekeluarga ke Majlis Walimatul Urus Putera Kami;
    Nama pengantin

    Untuk Merealisasikan ikatan dua hati yang bertakhta adat dan bersendikan
    Sunnah Rasulullah mendirikan ikatan kasih pertemuan dua hati di teratak kami,

    Pada hari (Tarikh Majlis Perkahwinan)

    Inai dijari nampak berseri, bersatu kasih raja sehari, Undangan kami setulus hati,
    Harap sudi datang menyeri, Terima kasih daripada kami dan raja sehari.

    Wassalam
    _____________________________________________________________________________

    AYAT 08

    Walimatul Urus

    Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

    Nama Bapa & Ibu

    Sejambak mawar, setepak sirih kami hulurkan,
    untuk kehadiran
    Dato’/Datin’/Tuan/Puan/Encik/Cik;
    ……………………………………………………………………………………………………………………………..
    Suami/isteri sekeluarga ke Majli Raja Sehari Putera Kami;
    Nama pengantin

    Bertakhta dapat bersendi Sunnah Rasul mendirikan
    istana kasih, merealisasikan impian Rumahku Syurgaku yang sebati
    dikediaman kami; (Alamat Majlis Perkahwinan) pada (Tarikh Majlis Perkahwinan)


    Memadu pertemuan dua hati mendirikan mahligai kasih suci pada;
    Undangan kami setulus hati, harap sudi datang menyeri,
    Semoga mendapat rahmat dari Illahi.

    Insyaallah.

    _____________________________________________________________________________

    AYAT 09

    Majlis Walimatul Urus

    Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

    Nama Ibu & Bapa

    Sepahar Nasi Kunyit, Sejambak Bunga Telur, Dengan berbesar hati,
    Sekeping kad kami hulurkan,

    Mempersilakan Dato’/Datin’/Tuan/Puan/Encik/Cik;
    ………………………………………………………………………………………………………………..

    Suami/isteri/sekeluarga untuk menyerikan tambatan janji,
    Izin berwali, Ijab bersaksi, Antara dua hati, Anakanda puteri kami;
    Nama Pengantin

    Bertatahkan adat berzaman, Bersendikan Sunnah Rasulullah,
    Mendirikan istana kasih, Pertemuan dua hati diteratak kami;
    Pada hari (Tarikh Majlis Perkahwinan)

    Beras kunyit ditaburi, Air mawar direnjis wangi, kembang kasih menabur budi,
    Undangan kami setulus hati, Harap sudi datang menyeri, Semoga Allah memberkati,
    Wassalam, Terima Kasih daripada kami dan raja sehari.
    _____________________________________________________________________________

    AYAT 10

    Majlis Walimatul Urus

    Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

    Nama Ibu & Bapa

    Semarak kasih jalinan budi, kehadiran anda kami sanjungi,
    Dengan sekapur sirih dan dengan kesyukuran kami
    Mempersilakan Dato’/Datin’/Tuan/Puan/Encik/Cik;
    ………………………………………………………………………………………………………………..
    Suami/isteri/sekeluarga ke rumah kami kerana hajat mengadakan majlis bagi merasmikan
    tambatan janji, Izin berwali, Ijab bersaksi, Antara dua hati, Anakanda kami;
    Nama pengantin
    Pada hari
    Dialamat

    Undangan kami setulus hati, kehadiran tuan/puan kami hargai,

    Terima kasih dari kami dan raja sehari

    Leave a Reply